Wednesday, 25 February 2015
1 gram 1 bulan
Tun Mahathir pernah berkata:
'Saya mempromosikan perdagangan emas untuk disimpan kerana nilai mata wang akan menyusut tetapi nilai emas tidak, perlu beli emas kerana ia amat penting'
Kuasa emas hari ini, sangat berharga. Kerana emas tiada istilah susut nilainya berbanding nilai mata wang. Simpanlah ringgit banyak mana sekalipun, tetapi sampai satu masa nanti, nilai mata wang tersebut akan jatuh. Berbanding emas, semakin lama harga semakin meningkat. Jika ia tidak secara drastically kenaikan tersebut, tetapi ia tetap akan meningkat!. Mungkin susah untuk kita membeli emas dalam bentuk aksesori seperti rantai tangan, rantai leher kerana ia agak mahal! tetapi kali ini saya perkenalkan dengan hanya 1 gram sahaja. Kempen simpan emas dinamakan. Target kempen ini hanya satu. KEMPEN SIMPAN EMAS 1 GRAM 1 BULAN 1 KELUARGA!.
Tuesday, 24 February 2015
EMAS # GOLD # GEUM
APA ITU EMAS:
Emas atau Mas ialah unsur kimia dalam jadual berkala yang mempunyai simbol Au (L. aurum) dan nombor atom 79. Logam ini secara asli boleh didapati dalam bentul ketulan nuget atau butir kecil dalam batuan, atau mendapan aluvial. Kadang-kadang ia juga boleh didapati dalam sebatian emas selalunya dengan tellurium. Logam emas adalah padat, lembut, berkilat, dan logam asli yang paling mudah ditempa dan mulur. Emas tulen mempunyai warna kuning terang dan dianggap menarik dan warna ini kekal tanpa mengalami pengoksidaan udara atau air. Emas adalah logam yang dibuat syiling dan berfungsi sebagai simbol kekayaan dan penyimpan nilai sepanjang sejarah manusia. Standard emas telah menyediakan asas untuk dasar kewangan. Ia juga telah dikaitkan dengan pelbagai simbolisme dan ideologi. #wikipedia
Subscribe to:
Comments (Atom)



